×

Berita Harian Online's video: Dewan Negara lulus cuti bersalin 98 hari

@Dewan Negara lulus cuti bersalin 98 hari
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021, yang antara lain membabitkan pertambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim selepas dibahas 17 senator. Terdahulu, Awang ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata, rasional meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari itu adalah bagi memastikan pekerja wanita mendapat rehat yang cukup serta mengeratkan hubungan ibu dan anak. "Selain itu, ia bagi memelihara keselamatan dan kesihatan pekerja wanita serta tumbesaran anak dan menggalakkan penyertaan golongan wanita dalam pasaran buruh. "Peningkatan ini juga mengambil kira faktor bahawa kebanyakan negara jiran sudah memberikan cuti 90 hari atau lebih sebagai contoh Indonesia yang memberikan 90 hari (cuti bersalin), Korea juga memberi 90 hari (cuti bersalin) dan rakan perdagangan kita, Jepun memberikan 98 hari cuti bersalin," katanya. Awang berkata, faedah cuti bersalin itu dapat memberi perlindungan kepada pekerja wanita sekali gus mengekalkan mereka dalam sektor pekerjaan serta menarik minat kaum wanita memasuki pasaran kerja. ----------------------- www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy

0

0
Berita Harian Online
Subscribers
449K
Total Post
55.1K
Total Views
296.7K
Avg. Views
1.1K
View Profile
This video was published on 2022-03-30 15:32:19 GMT by @Berita-Harian-Online on Youtube. Berita Harian Online has total 449K subscribers on Youtube and has a total of 55.1K video.This video has received 0 Likes which are lower than the average likes that Berita Harian Online gets . @Berita-Harian-Online receives an average views of 1.1K per video on Youtube.This video has received 0 comments which are lower than the average comments that Berita Harian Online gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Berita Harian Online #BH #BHTV has been used frequently in this Post.

Other post by @Berita Harian Online