×

MynewshubTV Official's video: Treler rempoh pos pengawal IPD berjaya dirakam Seorang anggota cedera

@Treler rempoh pos pengawal IPD berjaya dirakam! Seorang anggota cedera...
Anggota polis cedera, treler rempuh pos pengawal IPD Tapah TAPAH – Seorang anggota polis cedera selepas sebuah treler membawa muatan barangan sukan merempuh pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian sekitar pukul 1.20 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Jovie Jihom, 23, cedera di bahagian muka dan tangan kiri. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian, anggota terbabit sedang bertugas dan berada di dalam pos pengawal. Katanya, sebuah treler dipandu lelaki berusia 31 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke arah Ipoh hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh pos pengawal berkenaan. “Rempuhan itu menyebabkan pos pengawal tersebut runtuh dan terdapat seorang anggota terperangkap di dalam runtuhan. Mangsa yang mengalami kecederaan di muka dan tangan dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. Menurut beliau, pemandu treler yang cedera pada tangan kanan telah dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Tapah untuk menjalani ujian saringan air kencing dan hasilnya didapati negatif daripada pengambilan barang terlarang. “Permohonan reman ke atas pemandu treler itu akan dijalankan esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE Oleh ASLIZA MUSA 28 Jun 2023, 8:00 am

0

0
MynewshubTV Official
Subscribers
13.4K
Total Post
812
Total Views
898.8K
Avg. Views
9.1K
View Profile
This video was published on 2023-06-28 10:54:14 GMT by @MynewshubTV-Official on Youtube. MynewshubTV Official has total 13.4K subscribers on Youtube and has a total of 812 video.This video has received 0 Likes which are lower than the average likes that MynewshubTV Official gets . @MynewshubTV-Official receives an average views of 9.1K per video on Youtube.This video has received 0 comments which are lower than the average comments that MynewshubTV Official gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @MynewshubTV Official