×

98hardi's video: Amerika tidak akan menyerang Iran sampai kiamat

@Amerika tidak akan menyerang Iran sampai kiamat!
Oleh Ustaz Johari Wahab. Sebelum memaparkan hubungan strategik antara Yahudi dan Iran, terlebih dahulu kita kembali ke zaman silam untuk meninjau kembali sejarah, iaitu pengasas agama dan fahaman Syi`ah adalah sebenarnya orang-orang Yahudi yang telah memperalatkan Abdullah bin Saba', seorang Yahudi yang berasal dari Yaman untuk mengasaskan fahaman ini di zaman Kalifah Uthman bin `Affan. Dia telah menamakan dirinya dan para pengikutnya Syi`atu Ali (penyokong Ali) bagi tujuan mengaburi orang-orang Islam. Hal ini telah diakui oleh al-Kasysyi, seorang tokoh Syi`ah di dalam kitabnya Ma`rifah al-Naqilin `An Ai'immah al-Sadiqin atau lebih dikenali dengan Rijal Kasysyi. Katanya: "Sesungguhnya Ibn Saba' ini seorang Yahudi kemudian memeluk Islam. Dialah yang mula-mula mengisytiharkan wajibnya menerima Imamah Ali." Dari sinilah kita berpendapat asal usul fahaman Syi`ah dan Rafidhah diambil daripada ajaran Yahudi. Ahli-ahli sejarah Sunnah dan Syi`ah sepakat bahawa Ibn Saba' lah yang menyebabkan kekacauan di zaman Uthman dan dialah yang mencetuskan fitnah di kalangan umat Islam. Begitu juga al-Naubakhti menukilkan daripada al-Tusi bahawa Ibn Saba' lah yang mula-mula sekali menyerang Abu Bakar, Umar dan Uthman. Baca sambungannya di: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/02/menyingkap-komplot-israel-iran-dan.html

41

77
98hardi
Subscribers
5.2K
Total Post
55
Total Views
11.6M
Avg. Views
231.3K
View Profile
This video was published on 2011-04-17 05:38:55 GMT by @98hardi on Youtube. 98hardi has total 5.2K subscribers on Youtube and has a total of 55 video.This video has received 41 Likes which are lower than the average likes that 98hardi gets . @98hardi receives an average views of 231.3K per video on Youtube.This video has received 77 comments which are lower than the average comments that 98hardi gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @98hardi