×

Ady Sinty's video: Blood Donation Part 2

@Blood Donation Part 2
Program Amal Kempen Menderma Darah Anjuran YB Dato Verdon Bahanda dengan Persatuan Kebajikan Thalassemia Sabah (PERKETHA). Program ini dibuat pada 19.07.2020 ----------- 6 Kelebihan Menderma Darah Yang Pasti Membuat Anda Terkejut! Tahu tak derma darah boleh kurus? Dengan menderma darah, anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itulah pentingnya buat kita semua, sekiranya layak dan dibenarkan untuk menderma darah, patut menderma darah setiap 3 bulan. Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda digalakkan menderma darah: 1. Menderma darah bukan hanya dapat membantu pesakit yang memerlukannya, tetapi dapat menjaga kesihatan si penderma Sebelum menderma darah, petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda pemeriksaan kesihatan secara ringkas. Mereka akan memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi. Anda tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan pemeriksaan seumpamanya. Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapis terlebih dahulu untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya.  2. Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma Sejak 30 tahun lalu, penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung. Ini kerana penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda dan zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang. Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda.  3. Bukan itu sahaja, menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar akan tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal bagus bagi mengelakkan sesalan di kemudian hari.  4. Paling best, menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam bada. Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma. 5. Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan dan menjadi perderma lebih produktif dalam melakukan kerja 6. Paling utama, menderma darah dapat menyatukan manusia sejagat Keistimewaan menderma darah 1 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan. 2 kali (dalam tempoh 12 bulan): Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B. 2 hingga 5 kali: Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan. 6 hingga 10 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 6 bulan. 11 hingga 15 kali: Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun. 16 hingga 20 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun. 21 hingga 30 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun. 31 hingga 40 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun. 41 hingga 50 kali: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun. Lebih 50 kali bagi penderma darah lengkap, lebih 150 kali bagi penderma aferesis: Percuma rawatan pesakit luar serta rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun. Wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

17

12
Ady Sinty
Subscribers
6.3K
Total Post
413
Total Views
14.7K
Avg. Views
293.8
View Profile
This video was published on 2020-08-02 16:22:09 GMT by @Ady-Sinty on Youtube. Ady Sinty has total 6.3K subscribers on Youtube and has a total of 413 video.This video has received 17 Likes which are lower than the average likes that Ady Sinty gets . @Ady-Sinty receives an average views of 293.8 per video on Youtube.This video has received 12 comments which are higher than the average comments that Ady Sinty gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @Ady Sinty