×

Air Times News Network's video: Penduduk teruja ambil inisiatif sediakan makanan sebagai penghargaan buat tentera

@Penduduk teruja, ambil inisiatif sediakan makanan sebagai penghargaan buat tentera
MARAN, 14 Jan – Penduduk Kampung Belimbing mengambil inisiatif dengan menyediakan makanan serta minuman kepada anggota 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutrera Diraja (RAJD) yang bertungkus-lumus menyiapkan jambatan di kampung berkenaan selama dua hari. Penghulu Mukim Penyor 2, Mahathir Nordin, 43, berkata, inisiatif tersebut dibuat sebagai tanda penghargaan dan membalas jasa anggota tentera yang telah menyiapkan jambatan di kampung Belimbing yang runtuh akibat banjir pada 4 Januari lalu. “Penglibatan askar jurutera dalam membina jambatan di kampung ini memang sangat memeranjatkan kerana difahamkan sebelum ini, askar jurutera ini bertugas di Raub untuk membina jambatan yang runtuh, “2 hari selepas itu, pasukan yang sama datang ke sini untuk membuat jambatan bagi membantu penduduk kampung yang terputus hubungan, “Penduduk kampung, yang risau akan masalah ini menjadi teruja bila dapat lihat depan mata sendiri tentera bina jambatan di kampung ini dan turut menyediakan makanan kepada mereka sebagai tanda terima kasih kepada pihak tentera,” jelasnya kepada Air Times semasa membuat tinjauan di Kampung Belimbing, semalam. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya, pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Kementerian Pertahanan kerana telah berusaha untuk membantu penduduk kampung yang terjejas akibat banjir. Dalam pada itu, beliau turut berbangga apabila Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga anak jati Pahang telah berusaha untuk mendapatkan serta memberikan bantuan kepada penduduk di negeri kelahirannya. “Saya mewakili penduduk Kampung Belimbing merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ATM dan semua agensi yang terlibat. Menteri Kanan Pertahanan sendiri orang Pahang, dan saya rasa bangga dengan penglibatan menteri dalam menyelesaikan masalah penduduk kampung ini, “ tambahnya. Jambatan Kampung Belimbing, Maran ini merupakan laluan utama bagi penduduk Kampung Serengkam, Sri Makmur dan Sri Jaya. Namun, jambatan ini runtuh akibat paras air yang meningkat naik secara mendadak sehingga menjejaskan lebih kurang 2,600 penduduk setempat. Pada 12 Januari lalu, Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengerahkan pasukan 91 Rejimen Bantuan dan 2 Skuadron RAJD untuk membina jambatan sementara ini bagi menghubungkan semula penduduk di 3 buah kampung di kawasan tersebut. Pembinaan jambatan ini merupakan yang kedua oleh TDM di negeri Pahang. Jambatan pertama telah siap di Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub pada 9 Januari lalu. Pembinaan jambatan yang dikoordinasikan oleh NADMA dengan kerjasama daripada JKR telah siap dibina oleh anggota 91 RAJD petang semalam. –airtimes.my ----------------------------------------------- Juruvideo & penyunting: Pasri Artikel: N.Huda -----------------------------------------------

223

26
Air Times News Network
Subscribers
130K
Total Post
2.3K
Total Views
1.8M
Avg. Views
10.1K
View Profile
This video was published on 2021-01-14 17:24:14 GMT by @Air-Times-News-Network on Youtube. Air Times News Network has total 130K subscribers on Youtube and has a total of 2.3K video.This video has received 223 Likes which are higher than the average likes that Air Times News Network gets . @Air-Times-News-Network receives an average views of 10.1K per video on Youtube.This video has received 26 comments which are lower than the average comments that Air Times News Network gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Air Times News Network #airtimes #banjir #pahang #maran #belimbing #jambatansementara #combactbailey200 #91rajd #tdm #atm #tenteradarat #mindef has been used frequently in this Post.

Other post by @Air Times News Network