×

Air Times News Network's video: Kali pertama ATM bina jambatan bawah kelolaan NADMA Mej Jen Datuk Chapiti

@Kali pertama ATM bina jambatan bawah kelolaan NADMA – Mej Jen Datuk Chapiti
RAUB, 9 Jan – Penduduk Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub kini boleh menarik nafas lega apabila anggota 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah selesai membina jambatan sementara bagi memudahkan pergerakan harian penduduk di sekitar kampung berkenaan. Jambatan Jalan Lechar di Ulu Dong menjadi nadi utama penduduk setempat yang menghubungkan 3 kampung serta perumahan PRIMA Lechar ini runtuh akibat banjir sejak Sabtu lepas. Menurut Ketua Jurutera Rejiman Askar Jurutera Diraja (RAJD), Mejar Jeneral Datuk Chapiti Redzwan, jambatan sementara atau 'compact bailey' ini merupakan aset sepenuhnya daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diletakkan di 91 RAJD. “Sebelum ini jambatan Compact Bailey 200 pernah dibina ditempat lain, kebanyakkan pemasangan adalah untuk mengatasi jambatan yang runtuh akibat banjir, “Contohnya pada 3 tahun yang lepas, anggota RAJD pernah membuat pemasangan di Sungai Lembing, Kuantan. Tetapi jambatan yang disediakan adalah dari pihak swasta, “Manakala, untuk pemasangan di Kampung Lechar ini, jambatan disediakan oleh NADMA dan ia merupakan pembinaan pertama kami uruskan di bawah kelolaan NADMA,” katanya kepada pemberita selepas pasukannya berjaya menyiapkan jambatan tersebut. Semalam, Pengarah Lojistik NADMA, Amaluddin Suib berkata, kejayaan ini adalah hasil kerjasama dari pelbagai agensi seperti 91 RAJD, Pejabat Tanah dan Daerah Raub serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub. Beliau berkata, setelah NADMA mengetahui ada jambatan yang runtuh, agensi tersebut telah mengkoordinasikan permohonan kerjasama daripada 91 RAJD. “Aset-aset milik NADMA yang ditempatkan di 91 RAJD telah digunakan untuk membina jambatan ini,” katanya. Pembinaan jambatan ini melibatkan 2 orang pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari 91 Rejimen Bantuan RAJD serta telah siap sepenuhnya semalam. – airtimes.my

62

12
Air Times News Network
Subscribers
130K
Total Post
2.3K
Total Views
1.8M
Avg. Views
10.1K
View Profile
This video was published on 2021-01-10 20:06:57 GMT by @Air-Times-News-Network on Youtube. Air Times News Network has total 130K subscribers on Youtube and has a total of 2.3K video.This video has received 62 Likes which are lower than the average likes that Air Times News Network gets . @Air-Times-News-Network receives an average views of 10.1K per video on Youtube.This video has received 12 comments which are lower than the average comments that Air Times News Network gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Air Times News Network #airtimes #banjir #jambatansementara #raub #atm #91rajd #nadma #bencana has been used frequently in this Post.

Other post by @Air Times News Network