Air Times News Network's video: Bangga Tentera Darat sempurnakan dua jambatan dalam tempoh 2 minggu
@Bangga, Tentera Darat sempurnakan dua jambatan dalam tempoh 2 minggu
MARAN, 14 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya membantu penduduk di Kampung Lechar, Raub dan Kampung Belimbing, Maran dengan membina 2 jambatan Compact Bailey 200 dalam tempoh 2 minggu yang terjejas akibat bencana banjir.
Panglima 4 Bgd (Mek), Brigedier Jeneral Zaidan Atan berkata TDM berasa bangga dengan capaian dan kepakaran anggota 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) kerana dapat membina 2 jambatan dalam masa yang singkat.
TDM berasa bangga dengan capaian dan kepakaran anggota 91 Rejimen Bantuan, RAJD kerana dapat membina 2 jambatan dalam masa yang singkat -Panglima 4 Bgd (Mek), Brigedier Jeneral Zaidan Atan.
“Saya bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga TDM khasnya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Pahang, Majlis Daerah negeri Pahang dan juga kerajaan negeri Pahang,
“Usaha sama kesemua anggota 91 RAJD dan agensi yang terlibat amat berkesan dalam membantu rakyat negeri Pahang dalam menghadapi bencana banjir pada tahun ini,” katanya kepada Air Times selepas beliau mengetatkan skru terakhir jambatan sebagai simbolik sebagai tanda selesainya pembinaan jambatan Compact Bailey 200 oleh 91 RAJD, pada Rabu.
Dalam pada itu, Zaidan menjelaskan, ATM akan meneruskan latihan bersama dengan NADMA dalam membuat persiapan bagi mempercepatkan lagi bantuan yang diusahakan.
“Selepas berjaya membuat 2 jambatan ini, saya percaya pucuk pimpinan ATM dan NADMA akan membuat latihan bersama secara berterusan,” ujarnya.
TDM telah mengerahkan 91 RAJD dan 2 Skuadron RAJD untuk membina jambatan sementara kali kedua ini di Kampung Belimbing, Maran.
Proses pembinaan jambatan ini telah mula dilaksanakan sejak 12 Januari lalu bagi menghubungkan semula 13 lokasi terjejas iaitu Kampung Serengkam, Sri Makmur dan Sri Jaya akibat jambatan runtuh disebabkan hakisan tanah semasa bencana banjir.
Pembinaan jambatan ini melibatkan seramai kira-kira 115 pegawai dan anggota TDM yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 91 RAJD, Kolonel Muhammad Zamri Musa. – airtimes.my
-----------------------------------------------
Juruvideo & penyunting: Pasri
Artikel: M.Faizie
-----------------------------------------------
This video was published on 2021-01-14 06:00:56 GMT by @Air-Times-News-Network on Youtube.
Air Times News Network has total 130K subscribers on
Youtube and has a total of 2.3K video.This video has received 106
Likes which are lower than the average likes that Air Times News Network gets . @Air-Times-News-Network receives an average views of 10.1K
per video on Youtube.This video has received 16
comments which are lower than the average comments that Air Times News Network gets .
Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Air Times News Network #airtimes#banjir#91rajd#tenteradarat#nadma#jkr#atm#jambatansementara#compactbailey200#kgbelimbing#maran#pahang#malaysia
-----------------------------------------------
Juruvideo has been used frequently in this Post.
Air Times News Network's video: Bangga Tentera Darat sempurnakan dua jambatan dalam tempoh 2 minggu
106
16