×

Air Times News Network's video: Kolaborasi ATM TNI beri wajah baru kepada Klinik Desa Langgar Pekan

@Kolaborasi ATM, TNI beri wajah baru kepada Klinik Desa Langgar, Pekan
PEKAN, 19 Mac – Seramai 25 orang peserta LATGABMA MALINDO DARSASA 11AB/2023 telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) yang merangkumi aktiviti Engineering Civic Aviation Program (ENCAP) di Klinik Desa Kampung Langgar. Penyelaras ENCAP, Kapten Czi Agung Frida dari Tentera Nasional Indonesia (TNI) memaklumkan, antara skop kerja membaik pulih klinik kesihatan tersebut adalah dengan melaksanakan senggaraan siling, pengecatan bumbung dan pembersihan kawasan sekitar. “Pihak kejuruteraan Indonesia merasa bangga kerana dapat membantu warga di Malaysia dengan cara latihan bersama dan pembangunan bersama seperti ini, “Kami dapat berkolaborasi antara jurutera Indonesia dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri, “Kerja-keraja penyelengaraan termasuklah dengan melakukan pengecatan bangunan klinik, membaik pulih pagar dan membina papan tanda untuk memberikan suasana baru kepada klinik ini,” jelasnya kepada Air Times. Sementara itu, Pegawai Perubatan UD52, Klinik Kesihatan Peramu Jaya, Dr Surender Benedict menjelaskan, program kerjasama seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk setempat, malahan ia juga meningkatkan semangat kakitangan klinik kesihatan itu. “Saya mewakili Pejabat Kesihatan Daerah Pekan ingin mengucapkan terima kasih kepada ATM dan TNI bagi program baik pulih Klinik Desa Kampung Langgar ini, “Populasi penduduk di kampung ini adalah seramai 2,200 orang dan kedatangan pesakit adalah lebih kurang 10 hingga 12 orang sehari, “Program ENCAP ini bukan sahaja membawa manfaat kepada semua penduduk Kampung Langgar, tetapi ia juga memberi manfaat kepada staf dan kakitangan Peramu Jaya, Pekan,” ujarnya. Program perasmian penyerahan bangunan klinik bagi program ENCAP ini telah disempurnakan secara bersama oleh Ketua Penyelaras Latihan ATM, Brigedier Jeneral Ahmad Shuhaimi Mat Wajab dan Ketua Penyelaras Latihan TNI, Brigedier Jendral TNI (MAR) Supriyono pada Jumaat. Menurut Markas Angkatan Bersama (MK AB), program yang bermula pada 10 hingga 18 Mac lalu ini melibatkan anggota dari 11 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (11 Skn RAJD) ATM dan Pusat Zeni TNI AD. Latgabma Malindo Darsasa diantara ATM dan TNI ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf J3 MK AB, Mejar Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim TUDM secara bersama dengan Asisten Operasi Panglima TNI, Mayor Jenderal TNI Agus Suhardi pada Isnin lalu. Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera dan Angkasa ini merupakan latihan bilateral yang diadakan secara bergilir antara ATM dan TNI. Eksesais kali ini adalah bertemakan anti pengganas. Latihan ini melibatkan anggota daripada pasukan Gerup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Tentera Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM serta TNI.-airtimes.my

110

9
Air Times News Network
Subscribers
130K
Total Post
2.3K
Total Views
1.8M
Avg. Views
10.1K
View Profile
This video was published on 2023-03-22 14:28:48 GMT by @Air-Times-News-Network on Youtube. Air Times News Network has total 130K subscribers on Youtube and has a total of 2.3K video.This video has received 110 Likes which are lower than the average likes that Air Times News Network gets . @Air-Times-News-Network receives an average views of 10.1K per video on Youtube.This video has received 9 comments which are lower than the average comments that Air Times News Network gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Air Times News Network #malindo #komando #Malaysia #Indonesia #GGK #PASKAL #PASKAU #ATM #Tentera #airtimes #pertahanan has been used frequently in this Post.

Other post by @Air Times News Network