×

Air Times News Network's video: DSA 2024: 12 peserta NGO berhimpun bantah pempamer bekal senjata ke Israel

@DSA 2024: 12 peserta NGO berhimpun, bantah pempamer bekal senjata ke Israel
KUALA LUMPUR, 7 Mei – Kira-kira 12 individu dari gabungan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhimpun menyuarakan bantahan terhadap pempamer yang menyokong Israel dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NatSec) Asia 2024. Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), Tian Chua ketika ditemui berkata, pihaknya menyuarakan bantahan terhadap beberapa syarikat negara luar yang membekalkan senjata kepada pihak Israel tanpa syarat dalam pameran tersebut. “Lebih 60 NGO yang terlibat dalam SSP dan hari ini 12 orang hadir untuk bersama-sama bersoladariti terhadap Palestin, “Kami rasa sedih dan terkilan dengan adanya syarikat yang begitu di pameran DSA ini, “Kami tidak membantah semua pembekal senjata, kami tidak membantah mereka yang cuba menaik taraf kesiagaan pertahanan dan tahap keselamatan negara, “Tetapi kami hanya bantah beberapa syarikat yang sehingga hari ini walaupun banyak teguran dan amaran dari masyarakat antarabangsa, mereka tetap secara berterusan membekalkan senjata kepada pihak Israel,” katanya ketika berhimpun di hadapan perkarangan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini. Pada masa yang sama juga, Tian turut berkata, himpunan ini diadakan bagi memberi kesedaran terhadap negara-negara lain agar tidak lagi membekalkan peralatan dan senjata kepada Israel. “Beberapa syarikat telah disenarai hitam oleh masyarakat antarabangsa seperti Lockheed Martin, MBDA (BAE Systems) dan beberapa yang lain yang terus membekalkan peluru berpandu, bom yang membunuh ribuan anak-anak serta rakyat Palestin, “Inilah syarikat yang kita hendak fokuskan (untuk bantah), kita juga menyeru syarikat yang lain agar tidak membekalkan senjata kepada Israel kerana senjata ini telah membunuh orang yang tidak berdosa, “Mereka guna bukan untuk pertahanan negara,” tegasnya lagi. Himpunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu mula berkumpul di perkarangan MITEC seawal jam 8.30 pagi. Mereka yang hadir turut mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk ‘NGO Malaysia Tolak Syarikat Pro Israel. -airtimes.my

14

4
Air Times News Network
Subscribers
130K
Total Post
2.3K
Total Views
1.8M
Avg. Views
10.1K
View Profile
This video was published on 2024-05-07 10:40:04 GMT by @Air-Times-News-Network on Youtube. Air Times News Network has total 130K subscribers on Youtube and has a total of 2.3K video.This video has received 14 Likes which are lower than the average likes that Air Times News Network gets . @Air-Times-News-Network receives an average views of 10.1K per video on Youtube.This video has received 4 comments which are lower than the average comments that Air Times News Network gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Air Times News Network #Malaysia #DSA2024 #Israel #Palestin #SPP #airtimes has been used frequently in this Post.

Other post by @Air Times News Network