×

Air Times News Network's video: Anak jati Kelantan kini terajui tampuk pemerintahan Tentera Darat

@Anak jati Kelantan kini terajui tampuk pemerintahan Tentera Darat
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman kini Panglima Tentera Darat Ke-29 berkuat kuasa, hari ini. Beliau sebelum ini memang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat menggantikan Panglima Tentera Darat ke-18, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 21 September ini setelah hampir 43 tahun mencurah bakti. Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas jawatan nombor satu dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) itu disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini. Terdahulu, Mohammad yang berpangkat Leftenan Jeneral telah dinaikkan pangkat kepada Jeneral bagi menjawat tampuk pimpinan tertinggi TDM. Mohammad yang dilahirkan pada 15 Mac 1964 di Machang, Kelantan telah berkhidmat lebih 35 tahun selepas ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Julai 1987. Beliau merupakan lepasan Maktab Tentera Diraja Cawangan Putra pada 1980 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di University Of North Carolina di Charlotte, Amerika Syarikat. Sementara itu, Menteri Pertahanan dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Zamrose atas sumbangan khidmat baktinya. Jelasnya, Zamrose telah berjaya membawa Tentera Darat ke arah satu aras yang tinggi sebagai sebuah angkatan yang kredibel dan dipercayai rakyat untuk memelihara keamanan serta kedaulatan negara. “Kementerian amat menghargai pergorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang 43 tahun perkhidmatan dalam Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), “Walaupun berlaku pucuk pimpinan, saya amat berharap Tentera Darat akan tetap untuh bersatu dan kekal fokus melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara sentiasa terpelihara,” ujarnya. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob. -airtimes.my

67

12
Air Times News Network
Subscribers
130K
Total Post
2.3K
Total Views
1.8M
Avg. Views
10.1K
View Profile
This video was published on 2023-03-22 18:35:11 GMT by @Air-Times-News-Network on Youtube. Air Times News Network has total 130K subscribers on Youtube and has a total of 2.3K video.This video has received 67 Likes which are lower than the average likes that Air Times News Network gets . @Air-Times-News-Network receives an average views of 10.1K per video on Youtube.This video has received 12 comments which are lower than the average comments that Air Times News Network gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Air Times News Network #Airtimes #Panglimatenteradarat #tenteradaratmalaysia #kelantan #panglima #army #malaysia has been used frequently in this Post.

Other post by @Air Times News Network