×

Air Times News Network's video: Pilihlah calon yang boleh mentadbir negeri dengan baik - Panglima Tentera Darat

@Pilihlah calon yang boleh mentadbir negeri dengan baik - Panglima Tentera Darat
MELAKA, 30 Jul – Dianggarkan lebih 39,000 anggota dan pegawai Tentera Darat Malaysia (TDM) serta pasangan, akan melunaskan tanggungjawab dalam pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri pada 8 Ogos depan. Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, daripada jumlah itu, dianggarkan lebih 29,000 individu terdiri daripada anggota dan pegawai tentera, manakala 9,000 orang pula terdiri daripada pasangan mereka. “Saya minta mereka yang akan keluar mengundi nanti memilih calon yang kita rasa boleh mentadbir negeri dengan baik, “Masing-masing ada pilihan, tepuk dada tanya selera, kita tak paksa sapa-sapa untuk undi sapa-sapa tetapi mereka bebas untuk memilih calon yang mereka rasa terbaik,” katanya kepada pemberita selepas Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) Tahun 2023 di Lapang Sasar Kem Terendak pada Ahad. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut menyertai acara menembak jemputan kategori jatuh piring dan formasi. Dalam masa yang sama, Mohammad berkata, TDM sentiasa bersiap siaga untuk melaksanakan Op Neraca di 6 negeri terbabit, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat sepanjang PRN berkenaan berlangsung di Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang termasuk Selangor. Beliau berkata, pihaknya juga telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti lokasi panas di 6 negeri berkenaan yang berkemungkinan berlaku provokasi atau situasi yang boleh menggugat ketenteram awam, dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan di lokasi terlibat. Terdahulu, Mohamad telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadian bagi UKMTD yang memperlihatkan Trup Tentera Darat 1 yang diwakili 10 Briged Para mengungguli pertandingan pada tahun ini. -airtimes.my

44

2
Air Times News Network
Subscribers
130K
Total Post
2.3K
Total Views
1.8M
Avg. Views
10.1K
View Profile
This video was published on 2023-07-31 10:20:35 GMT by @Air-Times-News-Network on Youtube. Air Times News Network has total 130K subscribers on Youtube and has a total of 2.3K video.This video has received 44 Likes which are lower than the average likes that Air Times News Network gets . @Air-Times-News-Network receives an average views of 10.1K per video on Youtube.This video has received 2 comments which are lower than the average comments that Air Times News Network gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Air Times News Network #airtimes #tentera #undiawal #prn #malaysia #tentera #tenteradarat #pdrm #spr #ukmtd23 #terendak has been used frequently in this Post.

Other post by @Air Times News Network