×

Air Times News Network's video: Kolaborasi YLTAT bersama GTA dan UniKL tingkat kebajikan serta pendidikan anak veteran ATM

@Kolaborasi YLTAT bersama GTA dan UniKL tingkat kebajikan serta pendidikan anak, veteran ATM
KUALA LUMPUR, 7 Mei – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) bersama Global Turbine Asia Sdn. Bhd. (GTA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) meneruskan kerjasama bagi meningkatkan kelestarian kebajikan dan pendidikan anak-anak tentera termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ketua Eksekutif YLTAT, Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin berkata, kolaborasi ini melibatkan kebolehpasaran dan juga keterlibatan anak-anak tentera serta veteran ATM menerusi program latihan amali (internship) dan Protégé yang akan disediakan oleh pihak GTA. “Pihak UniKL pula akan menyediakan penempatan kepada anak-anak tentera dan veteran menerusi kerjasama ini, “Manakala pihak yayasan akan melaksanakan persediaan data base kepada pihak UniKL untuk mereka mengesan anak-anak tentera yang layak memasuki ke UniKL,” jelasnya kepada AirTimes. Menurutnya, kolaborasi ini akan memberi makna besar kepada anak tentera dan veteran ke arah pendidikan serta kebolehpasaran kepada masa hadapan mereka. Dalam masa yang sama, Dr. Mohd Nizar berkata, pihaknya komited untuk meneruskan program-program yang melibatkan pendidikan dan kebajikan untuk meningkatkan taraf hidup keluarga serta anak-anak anggota ATM. “YLTAT mengharapkan program Industrial Placement and Traning dengan GTA dan UniKL ini akan terus bergerak serta memberi manfaat yang besar kepada penerima, “Selain itu, YLTAT akan terus berdiri sebagai sebuah yayasan yang prihatin untuk menentukan soal kebajikan dan pendidikan agar ianya dapat meringankan beban terutamanya kepada penerima,” ujarnya lagi. Terdahulu, Dr Mohd Nizar bersama Pengerusi Eksekutif GTA, Datuk Nonee Ashirin Dato’ Mohd Radzi dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Profesor Madya Ir. Dr. Azman Senin telah menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) bagi tempoh selama 2 tahun bermula Jun 2024 sehingga Mei 2026. Majlis yang berlangsung pada hari kedua Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu turut disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Dalam satu kenyataan bersama, YLTAT, GTA dan UniKL memaklumkan, kolaborasi ini adalah bagi memantapkan kelestarian pendidikan dan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti sains, sastera, perniagaan, kejuruteraan serta lain-lain secara holistik. “Disamping itu, program ini juga akan meningkatkan kebolehpasaran anak-anak warga dan veteran ATM dengan menyediakan latihan industri serta laluan bagi penempatan pekerjaan yang kompetitif, “Menerusi Surat Hasrat ini, GTA, YLTAT dan UniKL bersetuju untuk bekerjasama merangkumi pelbagai skop termasuklah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di GTA: menaja elaun bulanan anak-anak warga dan veteran ATM yang terpilih; merangka dan menyelaras Program Industrial Placement and Training bagi anak-anak warga dan veteran ATM, “Selain itu, UniKL juga akan menawarkan Program Asasi melalui UniKL Top Achievers Foundation Scholarship (UTAFS) dan peluang pendidikan peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sijil Profesional,” jelas kenyataan itu. Manakala, YLTAT pula akan menyediakan calon yang merupakan anak-anak warga dan veteran ATM termasuk pelajar aliran tahfiz secara eksklusif untuk menyambung pengajian di UniKL dan penempatan latihan industri serta penempatan di bawah Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) di GTA. -airtimes.my Program ini akan meningkatkan kebolehpasaran anak-anak warga dan veteran ATM dengan menyediakan latihan industri serta laluan bagi penempatan pekerjaan yang kompetitif - Ketua Eksekutif YLTAT

12

1
Air Times News Network
Subscribers
130K
Total Post
2.3K
Total Views
1.8M
Avg. Views
10.1K
View Profile
This video was published on 2024-05-07 18:59:27 GMT by @Air-Times-News-Network on Youtube. Air Times News Network has total 130K subscribers on Youtube and has a total of 2.3K video.This video has received 12 Likes which are lower than the average likes that Air Times News Network gets . @Air-Times-News-Network receives an average views of 10.1K per video on Youtube.This video has received 1 comments which are lower than the average comments that Air Times News Network gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Air Times News Network #pertahanan #YLTAT #UniKL #GTA #DSA24 #airtimes has been used frequently in this Post.

Other post by @Air Times News Network