×

Azhar Hashim's video: Pembunuh Sosilawati dijatuhi hukuman mati

@Pembunuh Sosilawati dijatuhi hukuman mati
Anak Sosilawati syukur keputusan mahkamah kes bunuh ibunya SHAH ALAM 23 Mei - Erni Dekritawati Yuliana Buhari melahirkan rasa syukur selepas mendengar tertuduh dalam kes pembunuhan ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, dijatuhi hukuman gantung sampai mati hari ini. Katanya selepas menunggu hampir tiga tahun, beliau sekeluarga amat berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu yang dijatuhkan ke atas empat orang termasuk bekas peguam N. Pathmanabhan yang didapati bersalah membunuh Sosilawati kira-kira tiga tahun lepas. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak mahkamah, pihak media dan semua warga Malaysia yang selama ini menyokong kami sekeluarga selepas pemergian ibu saya. "Tidak dapat membayangkan ini dengan kata-kata," kata anak sulung Sosilawati itu ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini hari ini. Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh Sosilawati dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Ketika ditanya mengapa beliau tidak berada di dalam mahkamah ketika penghakiman kes dibacakan, Erni Dekritawati atau lebih mesra dipanggil Rita, 28, berkata beliau tiada kekuatan untuk mendengar keputusan itu dibacakan. Anak sulung daripada enam beradik itu sebelum ini dilapor berkata akan meneruskan legasi perniagaan Sosilawati untuk memenuhi impian ibunya yang mahu melihat beliau menjadi usahawan berjaya. -BERNAMA

792

132
Azhar Hashim
Subscribers
53.7K
Total Post
645
Total Views
876.1K
Avg. Views
17.5K
View Profile
This video was published on 2013-05-23 14:20:20 GMT by @Azhar-Hashim on Youtube. Azhar Hashim has total 53.7K subscribers on Youtube and has a total of 645 video.This video has received 792 Likes which are higher than the average likes that Azhar Hashim gets . @Azhar-Hashim receives an average views of 17.5K per video on Youtube.This video has received 132 comments which are higher than the average comments that Azhar Hashim gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @Azhar Hashim