×

Azhar Hashim's video: Mukhriz calon Presiden KFA

@Mukhriz calon Presiden KFA
Mukhriz Calon Layak Untuk Isi Jawatan Presiden Musim Depan JITRA, 3 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir merupakan calon yang layak mengisi jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) musim depan, kata seorang anggota Exco negeri Isnin. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Aminuddin Omar berkata mengikut peraturan perlembagaan KFA, sesiapa boleh dilantik menjadi presiden. "Bagi saya menteri besar calon yang paling layak memandangkan komitmen beliau dalam bidang sukan tinggi terutama bola sepak," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Kubang Pasu di sini hari ini. Jawatan presiden KFA kini dipegang bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sejak 2008 berikutan perlembagaan KFA selepas pilihan raya umum ke-12 menetapkan presiden persatuan itu ialah menteri besar Kedah. KFA bagaimanapun meminda perlembagaan pada 2010 dan jawatan presiden serta anggota eksekutif KFA bukan lagi automatik atau dilantik seperti dahulu sebaliknya semua jawatan akan dipertandingkan. Azizan sejak hampir sebulan lepas menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana penyakit kencing manis menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. Aminuddin berkata beliau telah bertemu dengan Mukhriz berbincang mengenai masa depan bola sepak negeri ini dan hasilnya beberapa perancangan untuk mempertingkatkan mutu arena sukan itu telah digariskan. Katanya antara usaha yang akan dibuat ialah mewujudkan kerjasama dengan pasukan luar negeri melibatkan aspek pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan pengurusan pasukan bola sepak negeri yang lebih mantap. Ketika KFA di bawah kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum 2008 pasukan Kedah pernah gah menjulang tiga kali Piala Liga Malaysia selama dua musim berturut-turut pada 2006/2007 dan 2007/2008. -- BERNAMA

6

0
Azhar Hashim
Subscribers
53.7K
Total Post
645
Total Views
875.8K
Avg. Views
17.5K
View Profile
This video was published on 2013-06-05 10:41:59 GMT by @Azhar-Hashim on Youtube. Azhar Hashim has total 53.7K subscribers on Youtube and has a total of 645 video.This video has received 6 Likes which are lower than the average likes that Azhar Hashim gets . @Azhar-Hashim receives an average views of 17.5K per video on Youtube.This video has received 0 comments which are lower than the average comments that Azhar Hashim gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @Azhar Hashim