×

Balang Kosong's video: Gunung Pulai Baling Kedah Solo Hiking Sesat

@Gunung Pulai Baling Kedah | Solo Hiking | Sesat
Solo Hiking Gunung Pulai Baling Kedah Assalammualikum, Gunung Pulai terletak di pekan baling kedah yang berketinggian 620 meter. Untuk datang kesini anda boleh cari di google map SK PULAI BALING atau terus tekan link ini https://goo.gl/maps/pzDtgkeYZcJ2 . Dari sk pulai baling terdapat lorong kecil yang membawa anda terus sehingga ke lokasi paking kereta (seperti video). Dari paking kereta lebih kurang beberapa langkah terus tiba di "jambatan besi gantung" . Anda perlu menyeberanginya untuk ke kaki gunung pulai. Jambatan ini digunakan oleh orang kampung untuk tujuan berkebun. Jambatan ini boleh dilalui oleh motosikal, basikal dan pejalan kaki. Sebaik sahaja anda menyeberangi jambatan anda perlu masuk ke kawasan kebun orang yang berpagar, Tuan tanah memang letak kayu untuk mudah kita langkah masuk ke kebunnya. Dari kebunnya anda sudah mula melihat track. Anda akan jumpa kubur lama, dari kubur lama inilah pendakian bermula. Anda boleh download track yang tok buat menggunakan garmin dan upload ke goole map. Download link dibawah https://drive.google.com/open?id=1erzcpzOeBgbRKnxaX1wvfPGzGXk&usp=sharing Track ini tok buat dari jalan besar , sebab jika anda guna google map atau waze, jalan kampung tidak update dan jalan terputus. Tapi sebenarnya jalan ada. untuk melalui jalan tersebut anda boleh download link diatas. Tok bawa air 2 liter, memang cukup-cukup ja guna sampai bawah. Ingat bawa air secukupnya paling kurang 2 liter. Sarung tangan amat penting sebab jalan berbatu. Pol / tongkat bagi tok banyak membantu dalam keseimbangan sewaktu pendakian. Jangan lupa bawa roti , coklat dan biskut tiger :) sebab dalam kita kehilangan tenaga makanan inilah yang akan memberi tenaga semula. Memandangkan tok bersendirian tok memang kena pastikan semua keperluan cukup. Ok sampai situ saja, kalau ada apa2 nak tanya boleh tinggal komen di bawah, insyallah tok balas. Kalau minat dengan video tok, jangan lupa like atau subscribe. Insyallah mungkin satu hari nanti bertemu kita.

325

70
Balang Kosong
Subscribers
25.1K
Total Post
54
Total Views
3.2M
Avg. Views
61.2K
View Profile
This video was published on 2017-10-03 04:29:02 GMT by @Balang-Kosong on Youtube. Balang Kosong has total 25.1K subscribers on Youtube and has a total of 54 video.This video has received 325 Likes which are lower than the average likes that Balang Kosong gets . @Balang-Kosong receives an average views of 61.2K per video on Youtube.This video has received 70 comments which are lower than the average comments that Balang Kosong gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @Balang Kosong