×

CINEMA POLSKA's video: Selamat Hari Jadi 2021 HD

@"Selamat Hari Jadi" 2021 HD
Selepas membaca sinopsis dan menonton trailer “Selamat Hari Tak Jadi” arahan Dato’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen, perasaan saya berbelah bahagi dek kerana barisan pelakonnya dan trailer yang kurang memberi impak. Bagaimanapun, keterujaan itu tetap ada kerana filem terbaru ini mengetengahkan tema yang jarang sekali ada dalam senarai filem tempatan, iaitu ‘home invasion slasher’ dan pembunuh bertopeng. Memandangkan saya kurang gemar dengan barisan pelakonnya, saya hanya fokus pada penceritaan, elemen pencerobohan rumah, slasher dan tahap ketakutan yang saya perlu hadapi untuk melihat para mangsa diburu dan dibunuh pembunuh bertopeng. Secara jujurnya saya sangat kecewa dengan ‘execution’ Professor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen. Idea yang menarik, tetapi disia-siakan pengarah tersohor Malaya itu. Pada satu tahap, saya sudah kagum dengan ‘twist’ yang dipamerkan dalam filem ini dimana ‘home invasion’ yang dihadapi Hani (lakonan Janna Nick) adalah rancangan rakan-rakannya yang mahu mengusik sempena hari jadi Hani. Bagaimanapun, selepas twist tersebut, pengarah hanya memaparkan adegan-adegan komedi bodoh semasa mereka mengusik Hani dengan pencerobohan rumah dan pembunuh palsu. Jujur kata, rasa seram itu 5 minit sahaja, itupun semasa babak sebelum rancangan sebenar terbongkar, selebihnya garu kepala tak tahu apa yang cuba disampaikan pengarahnya Saya benar-benar kesian dengan pembunuh sebenar kerana pengarah tidak membenarkannya masuk ke rumah untuk memburu dan membunuh mangsa-mangsanya. Maka terpaksalah dia duduk diluar rumah bermain pisau sambil dimaki rakan-rakan Hani kerana ‘tidak buat kerja’. Kekecewaan saya terhadap filem ini bertambah dengan lakonan yang cukup ‘annoying’. Lakonan Janna Nick saya tidak mahu ulasan kerana nanti akan disaman, Zalif Sidek bawa watak ..saya tidak tahulah wataknya lelaki lembut atau pondan, tetapi saya masih hairan kenapa masih ada pembikin filem memasukkan watak sebegini. Watak Issey Fazlisham, Nasz Sally, dan Danial Zain semuanya ‘fail’, dan sudah tentu tak ‘memorable’.

0

8
CINEMA POLSKA
Subscribers
159K
Total Post
293
Total Views
1.6M
Avg. Views
21.5K
View Profile
This video was published on 2023-02-20 17:18:46 GMT by @CINEMA-POLSKA on Youtube. CINEMA POLSKA has total 159K subscribers on Youtube and has a total of 293 video.This video has received 0 Likes which are lower than the average likes that CINEMA POLSKA gets . @CINEMA-POLSKA receives an average views of 21.5K per video on Youtube.This video has received 8 comments which are lower than the average comments that CINEMA POLSKA gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @CINEMA POLSKA