×

Careta TV's video: MILDEF HMAV 4X4 ANAK KULIM KEDAH HASILKAN KERETA PERISAI PERTAMA NEGARA

@MILDEF HMAV 4X4 | ANAK KULIM KEDAH HASILKAN KERETA PERISAI PERTAMA NEGARA!
Ini bukan rebadge, ini bukan kolaborasi tetapi ini ialah rekabentuk dan buatan anak watan kita sendiri. Syarikat Mildef International Technologies di Sepang mempunyai 140 orang tenaga mahir Bumiputra sepenuhnya, dan sudah lama berkecimpung dalam bidang teknologi kenderaan berperisai untuk tujuan ketenteraan. Dengan pelanggan-pelanggan dari seluruh dunia, syarikat Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, anak Kulim, Kedah kini bangkit untuk mempersembahkan produknya sendiri - MILDEF HMAV 4X4. Dibantu oleh enjin dari Caterpillar, transmisi dari Allison dan gandar buatan Perancis, kenderaan berperisai mobiliti tinggi ini sudah menarik perhatian negara negara luar untuk dibeli. Nizam juga mengakui, beliau tidak menerima sebarang dana atau bantuan kerajaan pun untuk menghasilkan kenderaan yang memakan kos R&D sebanyak RM16 juta dan kajian selama 4 tahun itu. Dengan jumlah tenaga mahir seramai 140 orang warga Malaysia, syarikat milik penuh bumiputra ini membuktikan Malaysia ada satu lagi cabang industri yang boleh dipelopori. Jika kita bijak, kita boleh bantu untuk ia membesar dan terus membesar, dan bukan dijual ke orang luar. Sapa kata kita tak boleh??? --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Untuk content yang lagi ohsemmm, jangan lupa subscribe dan follow kami di: LAMAN WEB - https://www.careta.my FACEBOOK - https://www.facebook.com/caretadotmy YOUTUBE - https://www.youtube.com/CaretaTV INSTAGRAM - https://www.instagram.com/careta_malaysia

8.6K

1.4K
Careta TV
Subscribers
261K
Total Post
1.4K
Total Views
4.3M
Avg. Views
17.4K
View Profile
This video was published on 2021-02-12 14:30:16 GMT by @Careta-TV on Youtube. Careta TV has total 261K subscribers on Youtube and has a total of 1.4K video.This video has received 8.6K Likes which are higher than the average likes that Careta TV gets . @Careta-TV receives an average views of 17.4K per video on Youtube.This video has received 1.4K comments which are higher than the average comments that Careta TV gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Careta TV #MILDEF #MILDEFHMAV4X4 #HMAV4X4 #HMAV #4X4 #MILDEFHMAV #HighMobilityArmouredVehicle #HighMobility #ArmouredVehicle #Armoured #APV #Military #Tentera #KeretaPerisai #Perisai #Caterpillar #MalaysianMade #BuatanMalaysia #KeretaPerisaiBuatanMalaysia #KeretaPerisaiMalaysia #CNY2021 #Careta has been used frequently in this Post.

Other post by @Careta TV