×

Fazley Yaakob's video: Dato Fazley Yaakob - Anak Rembau Ke Australia Episode 1

@Dato' Fazley Yaakob - Anak Rembau Ke Australia (Episode 1)
[NEW VIDEO SERIES - JANUARY 2018] // ANAK REMBAU KE AUSTRALIA EPISODE 01 Fazley Mengepalai Program Siri Masakan Di Atas Talian; Anak Rembau Ke Australia KUALA LUMPUR, 13 Disember - Berawal penghasilan naskhah masakan autentik Negeri Sembilan, My Sucre Story dipilih mengungguli kategori Buku Resipi Terbaik Dari Personaliti TV Luar Eropah sempena Pertandingan Buku Resepi Antarabangsa 2016 ditambah sosok diri sebagai anak jati Rembau, institut yang menawarkan pengajian seni kulinari serta pengurusan hotel terbaik sejak tahun 1985, Le Cordon Bleu (LCD) telah memilih penyanyi dan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob, 39, mengepalai program siri masakan di atas talian, Anak Rembau Ke Australia. Dibawa secara eksklusif oleh LCB Paris dan Australia, Mazola Cooking Oil sebagi penaja manakala Astra Holidays (penaja bersama), program berpaksi memberikan kesedaran terhadap menu atau masakan Negeri Sembilan ke Australia itu diisikan 5 episod dengan setiap satunya berdurasi kurang 4 minit terangkum penggambaran di tiga buah negeri; Adelaide, Sydney dan Melbourne. Relevan program ini diangkat judul Anak Rembau Ke Australia, jelas Fazley yang merupakan pengasas SukaSucre Bistro bertema menu From Rembau To Paris itu berkongsi bahawa beliau pernah ke LCB Sydney sebelum ini bagi melibatkan diri dalam kelas masakan Negeri Sembilan. “Rentetan itu, LCB merasakan terdapat kekurangan cef yang memfokus masakan Asia Tenggara berbanding menu negara Cina, Thailand, Vietnam, Jepun dan Korea yang sudah lama popular di luar. Justeru, mereka meyakini bahawa saya boleh mula mempopularkan hidangan Melayu dengan resipi tempat kelahiran saya terlebih dulu kepada para pelajar LCB serta orang luar,” ujar beliau yang dipilih sebagai penerima Anugerah Alumni Paling Cemerlang sempena Malam Gala Alumni LCD pada 18 September lalu sekaligus mengharumkan nama Malaysia. Berkongsi momen sepanjang mengepalai kembara jauh Anak Rembau Ke Australia selama seminggu itu, bapa kepada empat cahayamata ini turut menempuhi pelbagai pengalaman salah satunya; bahan-bahan mentah yang dibawa dari Malaysia telah ditahan dan dibuang oleh pihak kastam di negara tersebut bertujuan mengelakkan keracunan atau pencemaran terhadap hasil tanaman mereka. “Selain itu, saya menemui ramai pelajar dari Asia tidak tahu cara hendak kopek kelapa bagi mengeluarkan air dan isinya. Malah, ada yang tidak pernah memegang kelapa segar terutama mereka dari Hong Kong dan Cina.” akhiri Fazley yang turut diundang sebagai juri bagi pertandingan masakan di antara para graduan di sana anjuran Kelab UMNO Australia Sydney (KUASYDNEY) semasa pengembaraan Anak Rembau Ke Australia berlangsung. Menariknya, LCB New Zealand, London, Paris dan seluruh Eropah termasuk Madrid serta Lebanon telah menjemput Fazley bagi mengadakan kelas masakan sama yang dijadualkan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Berkongsi perkembangan terkini, pelantun lagu Ketiadaan itu bakal muncul menerusi sebuah program masakan bersama cef lagenda, Martin Yan terbitan Asian Food Channel di samping program kulinari lain bercirikan fusion tempatan dan usai menamatkan pengajian kulinari keempat bagi pengkhususan pembuatan roti tradisional Perancis di LCB Paris baru-baru ini. Untuk pertanyaan atau informasi lanjut mengenai Anak Rembau Ke Australia, boleh menghubungi Pegawai Eksekutif Senior, Bahagian Kreatif, Penjenamaan, Pengurusan dan Komunikasi SukaSucre Creatives, Faizal Saharuni di talian +0129787843 atau emel faizal@sukasucre.com. Terima kasih kepada Mazola Cooking Oil, Le Cordon Blue (Paris & Australia) & Aspire Travels (Astra Holidays) ▶ FB: http://facebook.com/fazleyyaakob ▶ Instagram/Twitter: @fazleyyaakob ▶ YouTube: http://youtube.com/fazleyyaakob Executive Produced by: Dato' Fazley Yaakob Produced by: Imran Ajmain Directed & Shot by: Shahrul Izzat Abdullah Graphic Designs by: Najmi Arifin & Aidil Abu Bakar Production Crew: Naqiuddin Redzuan Editor: Shamsul Azwar Song: "Copyright Free Music" Produced by SukaSucre Studio For more information on video production, contact studio@sukasucre.com For bookings and inquiries for Dato' Fazley Yaakob, contact talents@sukasucre.com

28

0
Fazley Yaakob
Subscribers
4.6K
Total Post
86
Total Views
297.4K
Avg. Views
4.7K
View Profile
This video was published on 2018-01-12 16:56:42 GMT by @Fazley-Yaakob on Youtube. Fazley Yaakob has total 4.6K subscribers on Youtube and has a total of 86 video.This video has received 28 Likes which are lower than the average likes that Fazley Yaakob gets . @Fazley-Yaakob receives an average views of 4.7K per video on Youtube.This video has received 0 comments which are lower than the average comments that Fazley Yaakob gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @Fazley Yaakob