×

Fazley Yaakob's video: AbangAsmaraGV8 - Mahligai Syahdu Tentang Pusara Arwah

@#AbangAsmaraGV8 - "Mahligai Syahdu Tentang Pusara Arwah?"
Minggu ke-4? MasyaAllah, ini rezeki yang saya tak pernah sangka. Saya tahu saya bukan terbaik di kalangan mereka yang hebat dalam Gegar Vaganza 8. Namun, saya bagi sehabis daya untuk berlatih demi memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu. Minggu ini lagu “Mahligai Syahdu” dari kekanda saya @dato_hattan merupakan lagu yang saya sendiri tak sangka mempunyai maksud yang sangat mendalam buat Abang Hattan. Abang Hattan menyatakan bahawa ini adalah lagu yang paling jarang dinyanyi kerana dia sendiri dicengkam perasaan dan memori mengingatkan beliau kepada arwah Ayah beliau yang telah pergi. Dan rupa-rupanya lagu ini mengisahkan tentang Mahligai Syahdu yakni pusara ayah Abang Hattan yang tercinta. Saya rasa sangat terkesan bila mengetahui bahawa ini adalah lagu yang memberi maksud yang sebegitu rupa kepadanya. Terkesan kerana ayah saya juga telah pergi, saya juga sering ke pusara ayah saya untuk membaca Yasin walaupun sudah 5 tahun beliau pergi dan saya faham perasaan Abang Hattan yang baharu saja kehilangan ibu tercinta pula pada minggu ini. Terima kasih kepada semua yang memberikan saya kekuatan dan keyakinan sepanjang saya berada dalam GV. Jika ada yang bertanya — Akankah ada sesuatu yang istimewa yang saya bakal tampilkan minggu ini, sudah tentu ada gimik dan sedikit kelainan, kerana saya percaya persembahan pentas juga penting disamping persembahan suara. Saya cuba yang terbaik sehabis daya mengikut kemampuan saya untuk Abang Hattan dan juga untuk semua yang menyokong saya minggu ini. Jika minggu pertama saya nervous, minggu kedua saya terkesan dan tersedu-sedan diatas pentas kerana ayah saya, minggu ketiga saya berdangdut untuk semua orang agar mereka happy dengan persembahan saya. Minggu ke-4 ini saya tumpukan semata-mata untuk menampilkan keupayaan vokal saya menyampaikan lagu yang memberikan maksud yang sangat mendalam kepada empunya lagu. Insyaallah doakanlah saya supaya saya mampu membuat persembahan sebaik mungkin yang saya janjikan ada peningkatan minggu demi minggu. Kepada semua yang pernah merasai kehilangan ibu bapa tercinta, yang sering ke pusara mereka untuk membacakan Yasin untuk mengubat kerinduan, “Mahligai Syahdu” adalah untuk kita semua. Al-Fatihah buat ibu atau bapa kita yang telah pergi menghadap Illahi. @gegarvaganzaofficial

21

0
Fazley Yaakob
Subscribers
4.6K
Total Post
86
Total Views
302.1K
Avg. Views
4.8K
View Profile
This video was published on 2021-12-14 15:18:21 GMT by @Fazley-Yaakob on Youtube. Fazley Yaakob has total 4.6K subscribers on Youtube and has a total of 86 video.This video has received 21 Likes which are lower than the average likes that Fazley Yaakob gets . @Fazley-Yaakob receives an average views of 4.8K per video on Youtube.This video has received 0 comments which are lower than the average comments that Fazley Yaakob gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Fazley Yaakob #gegarvaganza2021 has been used frequently in this Post.

Other post by @Fazley Yaakob