×

Hisham Kasim's video: Zon merah bertambah di Selangor

@Zon merah bertambah di Selangor
Daerah Petaling dan Gombak yang sebelum ini ditakrif sebagai zon kuning bertukar kembali kepada zon merah apabila terdapat peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah daerah zon merah di Selangor kini adalah tiga. Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi info grafik yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya memaklumkan tiga daerah itu adalah Gombak yang mencatat 77 kes aktif, Hulu Langat (49 kes aktif) dan Petaling (43 kes). Enam daerah lagi masih kekal sebagai zon kuning iaitu Klang sebanyak 18 kes, Kuala Selangor (14), Kuala Langat (enam), Sepang (tiga), Sabak Bernam (dua) dan Hulu Selangor yang mencatat satu kes. Hanya satu mukim di Selangor ditakrif sebagai zon merah iaitu mukim Batu di daerah Gombak yang mencatat 71 kes aktif positif Covid-19. Sebanyak 24 mukim lagi kini berada di zon kuning manakala 31 mukim lagi ditakrif sebagai zon hijau apabila tiada kes aktif direkodkan. “Hari ini (semalam) terdapat kenaikan rekod kes yang mendadak di mukim Batu yang menjadikannya berubah kepada zon merah. Kenaikan keseluruhan kes baharu di Selangor juga mempengaruhi petunjuk bagi daerah yang merekodkan daerah Petaling dan Gombak kembali menjadi zon merah. “Antara faktor dorongan kenaikan kes baharu datang daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Kenaikan kes di kawasan tersebut dapat dijangka dan berada dalam kawalan baik,” kata kenyataan itu. Sementara itu, sehingga jam 12 tengah hari semalam, 63 kes baharu direkod menjadikan jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di Selangor kini 1,518 kes. Daripada jumlah tersebut, 1,251 pesakit dilapor sembuh dan 215 kes masih aktif dan setakat semalam, Selangor merekod 18 kematian akibat Covid-19. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/81710

5

3
Hisham Kasim
Subscribers
16.1K
Total Post
638
Total Views
52.4K
Avg. Views
1K
View Profile
This video was published on 2020-05-03 11:01:13 GMT by @Hisham-Kasim on Youtube. Hisham Kasim has total 16.1K subscribers on Youtube and has a total of 638 video.This video has received 5 Likes which are lower than the average likes that Hisham Kasim gets . @Hisham-Kasim receives an average views of 1K per video on Youtube.This video has received 3 comments which are lower than the average comments that Hisham Kasim gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @Hisham Kasim