×

Hisham Kasim's video: Senarai aktiviti yang dilarang Majlis Keselamatan Negara MKN

@Senarai aktiviti yang dilarang Majlis Keselamatan Negara MKN
MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Memetik kenyataan itu, senarai aktiviti di bawah tidak dibenarkan berdasarkan beberapa justifikasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM). Antaranya: Sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa Kemungkinan pendedahan kepada titisan pernafasan Sukar untuk mengawal keperilakuan Kemungkinan kontak rapat dalam masa panjang yang tidak dapat dielakkan Keberadaan di dalam ruang rapat dan tertutup dalam masa yang lama Bagaimanapun, senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pembukaan sektor ekonomi dalam senarai di bawah dibuat secara berfasa, bergantung kepada keadaan kesihatan semasa dan ketersediaan perniagaan. 1. Hiburan dan Riadah Panggung Wayang Pusat Karoake Taman Tema Muzium Busking 2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan Perarakan Keagamaan Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan) Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak) 3. Persidangangan dan Pameran Pameran Kerjaya Pameran Perkahwinan Promosi dan Pakej Pelancongan Karnival Jualan Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai 4. Pendidikan Sukan semasa sesi persekolahan Aktiviti kokurikulum bersemuka Sebarang bentuk perhimpunan sekolah Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang 5. Sukan Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium) Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums) Kolam renang Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang 6. Aktiviti Sosial Kenduri – kendara Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya 7. Pengangkutan Kapal Persiaran 8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m) Bazar Ramadan Bazar Hari Raya 9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor) Terima pelawat Bersosial dan bersukan secara berkumpulan Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain 10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang 11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen Aktiviti fitting pakaian 12. Dobi ( khusus dobi layan diri) Aktiviti melipat pakaian 13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka 14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi 15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan 16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak 17. Pengurusan Perhutanan Ekopelancongan Hutan Latihan Perhutanan 18. Perlombongan dan Pengkuarian Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan) 19. Perladangan dan Pertanian Hari Bertemu Pelanggan Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL) Pesta makan buah-buahan Kursus/ Seminar Konvokesyen Institut Pertanian Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya 20. Perikanan Aktiviti perikanan rekreasi Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium 21. Seni Kreatif Penggambaran filem Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam 22. Kebudayaan dan Kesenian Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat 23. Pelancongan dan Perhotelan Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (bagi tujuan buffet)

9

2
Hisham Kasim
Subscribers
16.1K
Total Post
638
Total Views
77.3K
Avg. Views
1.5K
View Profile
This video was published on 2020-05-02 20:26:04 GMT by @Hisham-Kasim on Youtube. Hisham Kasim has total 16.1K subscribers on Youtube and has a total of 638 video.This video has received 9 Likes which are lower than the average likes that Hisham Kasim gets . @Hisham-Kasim receives an average views of 1.5K per video on Youtube.This video has received 2 comments which are lower than the average comments that Hisham Kasim gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @Hisham Kasim