×

JomBerita's video: Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Sri Lanka

@Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Sri Lanka
Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Sri Lanka Malaysia dan Sri Lanka bersetuju untuk meneroka kemungkinan memulakan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas dalam usaha menggalakkan perdagangan antara kedua-dua negara. Persetujuan dicapai pada mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena di Putrajaya. Dalam pernyataan bersama yang dikeluarkan sempena lawatan Presiden Sirisena, kedua-dua pemimpin mengesahkan komitmen mereka untuk mengukuhkan lagi kerjasama perdagangan dan pelaburan. Malaysia dan Sri Lanka juga, bersetuju untuk meningkatkan penglibatan ekonomi bagi manfaat bersama. Pada masa sama, Presiden Sirisena memberi jaminan, pelabur Malaysia akan menikmati iklim pelaburan yang kondusif di Sri Lanka. Dan beliau turut memaklumkan kepada Datuk Seri Najib, mengenai perkembangan semasa proses perdamaian, pembaharuan perlembagaan dan strategi pembangunan ekonomi yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan Kebangsaan Sri Lanka. Ini lawatan sulung Presiden Sirisena ke Malaysia, sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas.

0

0
JomBerita
Subscribers
3.7K
Total Post
551
Total Views
1.1M
Avg. Views
21K
View Profile
This video was published on 2016-12-17 14:21:57 GMT by @JomBerita on Youtube. JomBerita has total 3.7K subscribers on Youtube and has a total of 551 video.This video has received 0 Likes which are lower than the average likes that JomBerita gets . @JomBerita receives an average views of 21K per video on Youtube.This video has received 0 comments which are lower than the average comments that JomBerita gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @JomBerita