×

SULALATUS SALATIN's video: 1957 KETIBAAN RAJA-RAJA MELAYU DI STADIUM MERDEKA Istiadat Pemahsyuran Kemerdekaan Tanah Melayu

@(1957) KETIBAAN RAJA-RAJA MELAYU DI STADIUM MERDEKA | Istiadat Pemahsyuran Kemerdekaan Tanah Melayu
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Sebanyak 20,000 orang mengisi lapangan Stadium tersebut. Tetamu-tetamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika beliau menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada Baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk Baginda. =================== Kredit Video: Perbadanan Filem Nasional Malaysia YouTube@FINASMalaysiaMy

811

208
SULALATUS SALATIN
Subscribers
143K
Total Post
134
Total Views
3.6M
Avg. Views
56.6K
View Profile
This video was published on 2023-09-02 13:30:52 GMT by @SULALATUS-SALATIN on Youtube. SULALATUS SALATIN has total 143K subscribers on Youtube and has a total of 134 video.This video has received 811 Likes which are lower than the average likes that SULALATUS SALATIN gets . @SULALATUS-SALATIN receives an average views of 56.6K per video on Youtube.This video has received 208 comments which are lower than the average comments that SULALATUS SALATIN gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.SULALATUS SALATIN #sulalatussalatin #rajamelayu #stadiummerdeka has been used frequently in this Post.

Other post by @SULALATUS SALATIN