×

Soutul Amal's video: SOUTUL AMAL - BARISAN HADAPAN VIDEO MUZIK RASMI - VERSI PKP

@SOUTUL AMAL - BARISAN HADAPAN (VIDEO MUZIK RASMI - VERSI PKP )
Bismillah... Dengan nama Allah al-Hafiz dan as-Salaam... Barisan Hadapan ini ialah karya berbentuk penghargaan dan motivasi kepada barisan hadapan negara demi memberi semangat kepada mereka yang sedang berhadapan dengan ancaman penyakit yang mengundang maut dan karenah manusia yang bermacam ragam. Tidak salah untuk kita menggelar mereka sebagai MURABITUN yang bertungkus lumus, bersengkang mata, mempertaruhkan nyawa, mengorbankan rasa dan masa demi mengekang ancaman wabak berbahaya ini daripada terus merebak dan melumpuhkan negara dari segenap segi. Secara ringkasnya, Barisan Hadapan ini menyimpulkan 4 perkara. Pertama: EMPATI. Kedua: PENGHARGAAN. Ketiga: MOTIVASI Keempat: HARAPAN. Keberanian mereka adalah sifat terpuji yang wajib kita hargai. Walaupun basah bermandi keringat, namun para wira negara ini terus bersemangat mengerah kudrat. Dan keringat itulah saksi dan bukti pengorbanan mereka. Walau apa jua cabaran yang mendatang dan menghalang. Sebenarnya setiap orang adalah barisan hadapan tapi keutamaanya berbeza-beza. Jadi dalam menghadapi wabak covid 19 ni boleh dikatakan frontliners atau barisan hadapan kita seperti para doktor, jururawat, petugas keamanan, polis,tentera, askar, bomba, pihak keselamatan dan juga NGO-NGO kebajikan juga boleh dikatakan barisan hadapan yang melakukan support ataupun sokongan moral kepada petugas-petugas barisan hadapan kita ni. Ujian emosi dan psikologi seperti berpisah dengan keluarga dan insan-insan tercinta ialah sesuatu yang sangat berat dan dahsyat. Hatta ada yang terkorban dalam keadaan rindu yang menggunung kepada anak-anak, isteri dan ibu bapa tercinta. Allahu Akbar! Walaupun begitu, putus asa dan harapan bukan suatu pilihan di dalam memerangi wabak yang ganas dalam diam ini. Semoga para Barisan Hadapan terus tabah dan gagah menempuhinya. Hanya Allah Ar Razzaq, Allah Al-Ghani, yang mampu memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya iaitu keredhaan Allah dan syurganya yang tertinggi. Lantunan bertahan dan terus bertahan, berkorban dan terus berkorban pada penghujung lagu ini bukanlah maksudnya kami mahu memaksa. Bukan! Bahkan suatu dorongan semangat dan harapan supaya para wira sejati ini terus bertahan. Jazakumullah Khairan Jaza' kepada para pahlawan kasih sayang ini dan mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran yang tertinggi kepada mereka semua dan harapan kami, untuk kita semua: "La Taqnatu Min Rahmatillah!" Janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah! Ini kerana putus asa itu selamanya bukan satu pilihan! Kita perlu terus bertahan, berikhtiar, berusaha supaya maqasid syariah yang 5 ini dapat kita pertahankan. Demikianlah yang tersurat. Manakala yang tersirat, sebenarnya para guru dan ibu bapa juga adalah barisan hadapan. Mereka ialah barisan hadapan yang menjadikan kita, kita yang sekarang. Terlalu besar pengorbanan mereka! Bahkan berapa ramai yang telah terkorban demi kelangsungan hidup kita! Berapa ramai guru yang menderita demi masa hadapan kita. Bahkan para alim ulama yang tanpa jemu berusaha menyelamatkan Akhirat kita! Malah tiap-tiap kita juga sebenaranya ialah barisan hadapan yang menjalankan Fardu Kifayah mengikut posisi dan kondisi tanggungjawab masing-masing. Semoga kita dapat melaksanakan amanah keluarga, negara dan agama ini dengan sebaiknya. Amin. Harapan kami, semoga para pendengar, peminat, penyokong dan sesiapa sahaja yang mendengar lagu ini akan rasa termotivasi, rasa bersemangat, tidak berputus asa, akan terus bersangka baik dengan Allah SWT dan akan terus berikhtiar berusaha semampunya untuk menjayakan misi "kitajagakita" ,"kitamestimenang" ,"stayathome" dan sebagainya. Hayatilah: daripada kami . Terima kasih kerana terus setia menyokong dan mempedulikan kami. Setiap Kita ialah, . SOUTUL AMAL - BARISAN HADAPAN Berani mara ke hadapan Terpuji khidmat bakti kalian Keringat saksi ketulusan Bersemangat terus bertahan Kalian barisan hadapan Nyawa rela dipertaruhkan Demi cita kesejahteraan Demi cinta kalian berkorban Berpisah dengan yang tercinta Menderu hujan airmata Yakin janji Tuhan Pasti bukan dusta Ganjarannya pasti ada Kalian barisan hadapan Nyawa rela dipertaruhkan Demi cita kesejahteraan Demi cinta kalian berkorban Kalian wira sejati Berkorban demi pertiwi Tak mungkin terbalas bakti Hanya Tuhan Maha Pemberi Berpisah dengan yang tercinta Menderu hujan airmata Yakin janji Tuhan Pasti bukan dusta Ganjarannya pasti ada! Bertahan dan terus bertahan Berkorban dan terus berkorban Doa kami untuk kalian Putus asa bukan pilihan. Lirik: Firdaus Sahiddin, Megat MS Lagu: Firdaus Sahiddin, IM Fakhrul, Abu 'Aasim, Abu 'Affan Penerbit: Dr Megat Suhaimi Megat Idrus Susunan Musik: Alfa Booty Kesuma Studio: Rumie Music Lab (RML) Jururakam: Ratno Junaidi Arifin Penyunting Video: Mohd Najib Amin Dengarkan di Platform Digital: https://backl.ink/142382893

332

29
Soutul Amal
Subscribers
24.4K
Total Post
90
Total Views
1.8M
Avg. Views
29.1K
View Profile
This video was published on 2020-05-12 15:30:12 GMT by @Soutul-Amal on Youtube. Soutul Amal has total 24.4K subscribers on Youtube and has a total of 90 video.This video has received 332 Likes which are lower than the average likes that Soutul Amal gets . @Soutul-Amal receives an average views of 29.1K per video on Youtube.This video has received 29 comments which are lower than the average comments that Soutul Amal gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Soutul Amal #BarisanHadapan #SoutulAmal. #DutaKasihSayang. SOUTUL has been used frequently in this Post.

Other post by @Soutul Amal