×

Soutul Amal's video: Soutul Amal - Awwal Kalam Official Music Video

@Soutul Amal - Awwal Kalam (Official Music Video)
Bicara Lirik: Awwal Kalam Tajuk: Awwal Kalam Lirik Arab: Tuan Guru Haji Muhammaz Zawawi Abdullah Lirik Melayu: Firdaus Sahiddin Lagu: Firdaus Sahiddin Bismillah. Lirik berbahasa Arab dalam lagu Awwal Kalam ini sebenarnya pernah dirakamkan oleh kumpulan nasyid Lambaian Kasih pada tahun 1996 melalui album Dunia oh Dunia terbitan Permata Audio SDN BHD. Liriknya ditulis oleh Guru kami, Almarhum Tuan Guru Haji Muhammad Zawawi Bin Abdullah. أول أول كلامي أهدي أهدي سلامي عليه على محمد أحمد خير الأنام أهدي أهدي صلاتي جزيلا جزيل شكري عليه على حبيبي أحمد محمد رسولي Maksud bahasa arab: Bicara pertamaku, aku hadiahkan salamku ke atas Nabi Muhammad S.A.W.yang merupakan sebaik-baik manusia. Aku juga menghadiahkan selawat dan ucapan terima kasih yang banyak kepada baginda yang merupakan kekasih dan Rasulku. Awal Bicara, Salam Sejahtera Atas Muhammad Rahmat Sejagat Allah dan Malaikat turut berselawat Ke atas Baginda Kekasih Semesta Permulaan setiap kata-kata semestinya dimulakan dengan pujian kepada Allah dan pujian kepada Rasulullah S.A.W. Baginda adalah rahmat untuk seluruh Alam. Hatta Allah dan para Malaikat turut berselawat ke atas baginda Rasulullah sebagaimana tercatat dalam surah al-Ahzab ayat ke-56. Ini membuktikan bahawa Rasulullah adalah kekasih seluruh Alam Semesta. صلوا على خير العباد المصطفى كنز الرشاد شفيعنا يوم المعاد لتبلغوا نيل المراد Maksud bahasa arab: Berselawatlah kalian ke atas sebaik-baik hamba. Dialah al-Mustafa yang padanya khazanah bimbingan, petunjuk dan panduan berada. Baginda juga merupakan pemberi syafaat kepada kita umatnya di hari Qiamat nanti. Agar di sana kita dapat mencapai segala apa yang kita hajati. Amin. Selawatlah buktikan cinta Pada Baginda Pahlawan Cinta Satu selawat sepuluh darjat Susur Sunnahnya, Jalan Cahaya Maka, apakah bukti cinta kita kepada Rasulullah? Sudah pasti apabila kita mencintai seseorang atau sesuatu kita akan sentiasa menyebut yang dicintai itu. Maka berselawat ke atas baginda merupakan salah satu cara untuk membuktikan cinta kepada baginda. Adakah ia merugikan? Sudah pasti tidak. Ini kerana, melalui sabda baginda, bahawasanya sesiapa yang berselawat ke atas baginda akan diganjari sepuluh pahala daripada Allah ke atasnya. Namun harus diingat, selawat sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan cinta kita kepada Rasulullah. Cinta kepadanya perlu dibuktikan dengan mengikut sunah baginda yang amat menitikberatkan kasih saying. Kerana itulah baginda digelar “Pahlawan Cinta”. Ini kerana, jalan bagindalah jalan yang membawa kita kepada cahaya. Moga kita semua menjadi umat baginda yang istiqamah di atas jalannya. Amin Konsep Video: Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus Pengarah Video: Mohd Najib Mohd Amin Susunan Muzik: Alfa Booty Kesuma Susunan Vokal: Bard Muffins Jururakam: Ratno Junaidi Ariffin Mixing dan Mastering: Rumie Booty Kesuma Studio: RUMIE MUSIC LAB, Batu Caves Terbitan: Soutul Amal Records 2016 ALBUM-ALBUM DIGITAL SOUTUL AMAL BOLEH DIDAPATKAN MELALUI PAUTAN-PAUTAN DI BAWAH: APPLE MUSIC: https://tinyurl.com/SAApple JOOX: https://tinyurl.com/SAJoox SPOTIFY: https://tinyurl.com/SASpotfy DEEZER: https://tinyurl.com/SADeezer QOBUZ: https://tinyurl.com/SARQobuz

2.8K

249
Soutul Amal
Subscribers
24.4K
Total Post
90
Total Views
1.8M
Avg. Views
29.6K
View Profile
This video was published on 2017-12-01 06:00:32 GMT by @Soutul-Amal on Youtube. Soutul Amal has total 24.4K subscribers on Youtube and has a total of 90 video.This video has received 2.8K Likes which are higher than the average likes that Soutul Amal gets . @Soutul-Amal receives an average views of 29.6K per video on Youtube.This video has received 249 comments which are higher than the average comments that Soutul Amal gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.Soutul Amal #SoutulAmal #AwwalKalam #DutaKasihSayang ALBUM-ALBUM has been used frequently in this Post.

Other post by @Soutul Amal