×

SNA CHANNEL's video: TOP 10 SUGANDOI KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2020 ONLINE

@TOP 10 SUGANDOI KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2020 (ONLINE)
Pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat negeri sabah 2020 akan berlangsung pada penghujung bulan mei ini dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihak berkuasa. Menteri Pembangunan Infrastruktur merangkap pengerusi jawatankuasa induk Kaamatan negeri Datuk Peter Anthony berkata keputusan dibuat demi menyemarakkan semangat Kaamatan di Sabah. Bagaimanapun acara lain yang lazimnya diadakan semasa perayaan Pesta Kaamatan ditiadakan pada tahun ini, katanya. Bercakap pada sidang media di Bangunan JKR hari ini, beliau berkata mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pemilihan awal bagi kedua-dua pertandingan itu akan diadakan secara online. Untuk tujuan itu, dua Facebook Page akan dibuka bermula esok dimana penyertaan akan dinilai melalui undian orang ramai bagi memilih ‘Top Seven’ (tujuh peserta terbaik) bagi kedua-dua pertandingan. “Memandangkan pemilihan wakil bagi daerah-daerah tidak dapat diadakan, maka kita buka penyertaan untuk seluruh warga Sabah termasuk mereka yang berada di semenanjung,” katanya. Peter berkata bagi mereka yang berminat menyertai Sugandoi boleh melayari Facebook Page rasmi pertandingan iaitu Sugandoi Artist Management (SAM). Peserta boleh menghantar video rakaman persembahan mereka untuk pengadilan peringkat awal dan tujuh peserta terbaik akan disenaraipendek bagi pertandingan akhir pada 30 Mei nanti. Pertandingan akhir Sugandoi akan dilangsungkan secara online, katanya. Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bagi Sugandoi 2020 ialah RM44,500 iaitu RM6,000 bagi johan, RM4,000 (naib johan), RM3,000 (ketiga). Bagi peserta tempat keempat hingga ketujuh masing-masing akan menerima RM1,000 manakala RM500 setiap seorang bagi tempat kelapan hingga ke-65. Penyertaan akan mula diterima esok (25 Mei) manakala tarikh tutup adalah pada 29 Mei. Peter berkata maklumat lanjut termasuk syarat-syarat penyertaan boleh didapati melalui Facebook Page rasmi pertandingan. Ditanya mengenai pertandingan Sugandoi yang turut diadakan oleh pihak KDCA, Peter berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

36

2
SNA CHANNEL
Subscribers
3.8K
Total Post
0
Total Views
45.4K
Avg. Views
890.5
View Profile
This video was published on 2020-05-29 19:34:18 GMT by @THE-WIRELESS on Youtube. SNA CHANNEL has total 3.8K subscribers on Youtube and has a total of 0 video.This video has received 36 Likes which are higher than the average likes that SNA CHANNEL gets . @THE-WIRELESS receives an average views of 890.5 per video on Youtube.This video has received 2 comments which are lower than the average comments that SNA CHANNEL gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @THE WIRELESS