×

abuaqif's video: Imam Tarawih Baca Apa Tu

@Imam Tarawih Baca Apa Tu
๐Ÿคฆ๐Ÿป Kejadian dikatakan berlaku samada di Afganistan atau utara Pakistan Lihat video: https://youtube.com/shorts/O6RpjP2wUZU Solat seperti ini adalah terlarang, dikhuatiri solatnya tidak sah dan tidak diterima Allah. Sepatutnya Al-Quran dibaca dengan tenang, tidak tergesa-gesa. Rasulullah ๏ทบ bersabda, ุงู„ุชู‘ูŽุฃูŽู†ู‘ููŠ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุฌูŽู„ูŽุฉู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽูŠู’ุทูŽุงู†ู โ€œTidak tergesa-gesa/ketenangan datangnya dari Allah, sedangkan tergesa-gesa datangnya dari syaitan.โ€ [HR. Abu Yaโ€™la di Musnadnya IV/206, al-Baihaqi di as-Sunanul Kubra X/104. Dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam ash-Shahรฎhah no. 1795] Allah telah memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil, ูˆูŽุฑูŽุชู‘ูู„ู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุกูŽุงู†ูŽ ุชูŽุฑู’ุชููŠู„ุง โ€œDan bacalah al-Quran itu dengan tartil.โ€ [Al-Muzammil: 4]. Abu Ishaq mengatakan, ูˆุงู„ุชุจูŠูŠู† ู„ุง ูŠุชู… ุจุฃู† ูŠุนุฌู„ ููŠ ุงู„ู‚ุฑุขุฉุŒ ูˆุฅู†ู…ุง ูŠุชู… ุงู„ุชุจูŠูŠู† ุจุฃู† ูŠูุจูŠู‘ูู† ุฌู…ูŠุน ุงู„ุญุฑูˆู ูˆูŠูˆููŠู‡ุง ุญู‚ู‡ุง ู…ู† ุงู„ุฅุดุจุงุน โ€œMembaca dengan jelas tidak mungkin boleh dilakukan jika membacanya terburu-buru. Membaca dengan jelas hanya boleh dilakukan jika dia menyebut semua huruf, dan memenuhi cara pembacaan huruf dengan benar. [Lisan al-Arab, 11/265]. Jika membacanya sahaja sudah laju, bagaimana pula gerakan-gerakan solatnya? Adakah mengikut tuma'ninah? Kerana Rasulullah ๏ทบ bersabda, ุฃูŽุณู’ูˆูŽุฃู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุณูŽุฑูู‚ูŽุฉู‹ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู’ ูŠูŽุณู’ุฑูู‚ู ู…ูู†ู’ ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ููˆู’ุง: ูŠูŽุงุฑูŽุณููˆู’ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽูƒูŽูŠู’ููŽ ูŠูŽุณู’ุฑูู‚ู ู…ูู†ู’ ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ูุŸ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู„ุงูŽ ูŠูุชูู…ู‘ู ุฑููƒููˆู’ุนูŽู‡ูŽุง ูˆูŽู„ุงูŽ ุณูุฌููˆู’ุฏูŽู‡ูŽุง โ€œSejahat-jahatnya pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.โ€ Mereka bertanya, โ€œBagaimana dia mencuri dalam solatnya?โ€ Beliau ๏ทบ menjawab, โ€œDia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.โ€ [HR. Imam Ahmad, 5/ 310, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jamiโ€™, no. 997]. Rasulullah juga ๏ทบ bersabda, ู„ุงูŽ ุชูุฌู’ุฒูุฆู ุตูŽู„ุงูŽุฉู ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูู‚ููŠู’ู…ูŽ ุธูŽู‡ู’ุฑูŽู‡ู ูููŠ ุงู„ุฑู‘ููƒููˆู’ุนู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูุฌููˆู’ุฏู โ€œTidak sah solat seseorang, sehingga dia menegakkan (meluruskan) belakangnya ketika rukuk dan sujud. [HR. Abu Daud, 1/ 533. Lihat Shahihul Jamiโ€™, no. 7224]. Kredit: 1. almanhaj.or.id 2. rumaysho.com 3. muslim.or.id

141

109
abuaqif
Subscribers
46.6K
Total Post
1.6K
Total Views
3.6M
Avg. Views
58.3K
View Profile
This video was published on 2024-04-03 03:24:11 GMT by @abuaqif on Youtube. abuaqif has total 46.6K subscribers on Youtube and has a total of 1.6K video.This video has received 141 Likes which are lower than the average likes that abuaqif gets . @abuaqif receives an average views of 58.3K per video on Youtube.This video has received 109 comments which are higher than the average comments that abuaqif gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @abuaqif