×

abuaqif's video: Perbuatan Syirik Dihalang Terus Di Saudi

@Perbuatan Syirik Dihalang Terus Di Saudi
Di Saudi, perbuatan syirik jika berlaku di hadapan mata ia terus dihalang berbeza dengan di tempat lain. Mencium Dan Mengusap Kubur Ulama bersepakat akan terlarangnya perbuatan mengusap-ngusap kubur Nabi ﷺ, وَاتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى أَنَّهُ لَا يُسْتَحَبُّ لِمَنْ سَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ قَبْرِهِ أَنْ يُقَبِّلَ الْحُجْرَةَ وَلَا يَتَمَسَّحَ بِهَا لِئَلَّا يُضَاهِيَ بَيْتُ الْمَخْلُوقِ بَيْتَ الْخَالِقِ “Para ulama sepakat bahawa tidak dianjurkan bagi yang memberi salam kepada Nabi ﷺ di sisi kubur baginda lantas dia mencium kamarnya (yang di dalamnya terdapat kubur Nabi ﷺ) dan mengusap-ngusap kuburnya. Ini sama sahaja menandingi rumah makhluk dengan rumah Pencipta (baitullah).” [Majmu’ Al Fatawa, 26: 97]. Kerana baitullah (Kaabah) dibolehkan mengusap hajar aswad. Kalau seseorang mengusap-ngusap kubur, maka itu sama saja menandingi rumah Allah. Ulama bermazhab Syaife, Imam Abul Hasan Muhammad Marzuq Al-Zafaroni رحمه الله berkata, واستلام القبور وتقبيلها الذي يفعله العوام الآن من المبتدعات المنكرة شرعا، ينبغي تجنب فعله وينهى فاعله “Mengusap-usap dan mencium kuburan, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang awam zaman sekarang termasuk bidaah yang mungkar dari sisi syariat yang hendaknya dijauhi perbuatannya dan dilarang pelakunya.” [Al-Majmu V:311]. Tambahnya lagi, وَالْمُسْتَحَبُّ فِي زِيَارَةِ الْقُبُورِ …وَأَنْ يُسَلِّمَ وَلَا يَمْسَحَ الْقَبْرَ وَلَا يَمَسَّهُ وَلَا يُقَبِّلَهُ ، فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَادَةِ النَّصَارَى “Perkara yang disunahkan saat ziarah kubur adalah mengucapkan salam pada mayat dan tidak mengusap, menyentuh, atau mencium kuburan, kerana semua itu adalah kebiasaan kaum Nasrani.” [Mauizhoh Al-Mu’minin hal.324].

658

56
abuaqif
Subscribers
46.6K
Total Post
1.6K
Total Views
3.6M
Avg. Views
58.3K
View Profile
This video was published on 2024-03-22 04:38:20 GMT by @abuaqif on Youtube. abuaqif has total 46.6K subscribers on Youtube and has a total of 1.6K video.This video has received 658 Likes which are higher than the average likes that abuaqif gets . @abuaqif receives an average views of 58.3K per video on Youtube.This video has received 56 comments which are lower than the average comments that abuaqif gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @abuaqif