×

amienkg8mlk's video: Lemang Segera Cara Mudah Menggunakan Acuan Stainless Steels

@Lemang Segera Cara Mudah Menggunakan Acuan Stainless Steels
Lemang ini tetap kekal aslinya terasa lemak santannya, bau daun pisangnya dan aroma harum daun pandan. Tiada bezanya dengan lemang yang dimasak dengan buloh asli, lemang teknik moden ini juga ada rasa berlemak, pecah minyak dan gareng untuk hidangan keluarga dan tetamu. Kebaikannya lemang yang sudah siap masak boleh disimpan dalam bekasnya dengan menutup tudungnya dan disimpan dalam peti sejuk (freezers). Apabila hendak makan atau ada tetamu boleh dikeluarkan untuk di steam (kukus) semula dan dipanaskan dalam oven, microwave atau frayer. Disini saya kongsi cara mudah membuat lemang segera untuk keluarga menggunakan daun pisang, daun pandan dgn bekas acuan 'stainless steels" dari puan Jay Song facebook. https://www.facebook.com/jay.song.12979/videos/706488193489281/ Bekas acuan lemang "stainless steels" black pepper ini mudah di beli dan diperolehi di kedai perkakas dapur stainless steels. Tahan karat dan tiada kesan tindak balas kimia utk kesihatan keluarga. Resepi Teknik Moden Masak Lemang Segera Guna Acuan Stainless Steels Bahan-bahan:- 1) Beras pulut - 2kg (Untuk 20 orang makan) Sukatan pulut 3/4 dari paras acuan stainless steels (Bekas simpanan black pepper) 2) Santan 200ML - 2 kotak 2) Acuan stainless steels - 8 biji (untuk 20 orang makan) Ukuran saiz (5" panjang x 2 1/2" dia. ukuran bulatan). Bekas simpan black pepper ini boleh dibeli di kedai perkakas dapur stainless steels Harga sebiji bekas simpan black pepper ini antara RM7.00 - RM8.00 sebiji. Tahan karat dan bebas dari kesan tindakan kimia. 3) Daun Pisang - dipotong persegi mengikut saiz acuan 4) Daun Pandan - dipotong bulat mengikut saiz acuan - dilipat simpul untuk dimasukkan dalam air rebusan kukus. 5) Corong Plastik atau sudu untuk masukkan beras pulut dalam bekas acuan. 6) Air - untuk rebusan dan kukus. 7) Garam - di masukkan kedalam santan dan digaul sebati secukup rasa. Cara Memasaknya sila layari video tutorial saya - Puan Jay Song. Wasallam.

126

10
amienkg8mlk
Subscribers
86.5K
Total Post
38
Total Views
1.2M
Avg. Views
30.5K
View Profile
This video was published on 2020-05-06 06:00:28 GMT by @amienkg8mlk on Youtube. amienkg8mlk has total 86.5K subscribers on Youtube and has a total of 38 video.This video has received 126 Likes which are lower than the average likes that amienkg8mlk gets . @amienkg8mlk receives an average views of 30.5K per video on Youtube.This video has received 10 comments which are higher than the average comments that amienkg8mlk gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @amienkg8mlk