×

cromeart's video: Lefthanded - Evolusi Full Album

@Lefthanded - Evolusi (Full Album)
SEJARAH AWAL LEFTHANDED Kumpulan Lefthanded ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia. Pada asalnya mereka bergelar Kumpulan 'The Lefthanded' kemudiannya perkataan "The" telah digugurkan. Ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1979. Lefthanded mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983. Nama 'Lefthanded' diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri. Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof. Pada asalnya Rahim Maarof dan Roy (yang kini terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985. Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung Keadilan pada 1986. Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip. Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat. Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded. Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album Evolusi (1989). ANGGOTA KUMPULAN LEFTHANDED 1 - Nash @ Nashrudin Elias - vokal (1985 - 1990, 1998 - sekarang) 2 - Man Kidal @ Abdul Rahman Mahmood (anggota asal kumpulan Search) - gitar 3 - Samad @ Abdul Samad Mian - gitar (meninggal dunia)[1] 4 - Yan @ Amran Marsiman (anggota asal kumpulan Search dan pernah menyertai kumpulan XPDC) - bass 5 - Man Dayak @ Abdul Rahman Othman - dram (meninggal dunia) 6 - Isa (dari kumpulan Lizard) - keyboard 7 - Firdaus @ 'The Little Bird' M Nasir & The Gong 8 - Ramli Sarip (album 'Fanatisme') - vokal 9 - Arab @ Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar (album 'Nafas') - vokal 10 - Tom (dari kumpulan Revolvers) - dram (Sumber dari Wikipedia) Lefthanded - Evolusi (Full Album) Tahun 1989 1 - Carilah 0:00 2 - Pencinta 5:12 3 - Perjalanan 10:34 4 - Mentari 15:06 5 - Parasit 19:25 6 - Arah Yang Hilang 24:35 7 - Rockrama 32:18 8 - Detik Masa 37:02 9 - Roda-Roda 40:47 10 - Keindahan Sepi 44:49 * Hanya Sekadar Koleksi Peribadi - Peace!!

50

5
cromeart
Subscribers
71.7K
Total Post
186
Total Views
5.5M
Avg. Views
109.1K
View Profile
This video was published on 2016-10-19 00:37:26 GMT by @cromeart on Youtube. cromeart has total 71.7K subscribers on Youtube and has a total of 186 video.This video has received 50 Likes which are lower than the average likes that cromeart gets . @cromeart receives an average views of 109.1K per video on Youtube.This video has received 5 comments which are lower than the average comments that cromeart gets . Overall the views for this video was lower than the average for the profile.

Other post by @cromeart